..pEmInAt la PlaK...

Saturday, January 5, 2013

Rehlah (Bukit Fraser)

Assalamualaikum....

Semalam aku dan kawan-kawan aku, Azim dan Ali pergi ke Bukit Fraser yang terletak di
Raub, Pahang...ini adalah kali pertama aku ke sana...
Perjalanan dimulakan dengan doa supaya dipermudahkan segalanya...
kitorang ke sana dengan menunggang motorsikal dan mula bergerak jam 10.30 pagi...
perjalanan dari Tanjung Malim mengambil masa lebih dari dua jam sebab kami terpaksa berhenti
sekejap di Kuala Kubu Baru untuk menghilangkan keletihan...
sepanjang perjalanan aku dihiburkan dengan kehijauan yang memukau pandangan
kehijauan itu menghilangkan sakit kepala aku yang selalu menyerang semasa musim exam ni...
ok..
jalan mendaki bukit fraser ni agak mencabar juga sebab jalan yang berliku..
nasib baik kami jadi 'rider' kali ni jadi tak terasa sangat mabuk tu...
tapi naik motor ni buat aku rasa kebas bahagian tertentu...hehe
sampai di atas, kami lihat pemandangan ala-ala 'oversea' sebab bangunan yang lain dari yang ada di Malaysia
(walaupun masih kat Malaysia)
terpegun juga aku tengok pemandangan kat sini...
tapi apa yang menyebabkan aku rasa extreme sebab suhu yang sejuk..
dah la aku tak pakai 'sweater'...jadi nasihat aku, korang pakai la sweater bila naik ke Bukit Fraser ni...
kesilapan aku...
tanpa membuang masa, aku akan bagi korang tengok gambar-gambar yang sempat kami 'snap'
semasa kat sana...


yang ni dekat air terjun sebelum sampai bukit fraser



akhirnya sampai kami kat bukit fraser..






















tak banyak yang aku boleh cerita sebab kami pergi cuma setengah hari je...

Blog Bertukar

Assalamualaikum....

dah lama rasanya kita tak bertemu...
bukan aku tak nak 'update' blog ni...
tapi aku terlalu sibuk dan agak malas nak buat ayat yang panjang berjela untuk dimasukkan dalam blog ni...
tapi aku akan cuba sedaya upaya...
mungkin selepas ini aku akan menukar blog ini jadi
blog Perjalanan Mencari Ketenangan...
dah menjadi impian aku untuk mengelilingi dunia sejak dari kecil lagi...
tapi buat masa ini aku cuma pernah melawat tempat-tempat di Malaysia je...
tapi masih belum semua...
jadi, aku akan ceritakan perjalanan aku ke tempat-tempat menarik
kat Malaysia ni...mungkin boleh dijadikan panduan untuk korang yang teringin nak pergi bercuti ke...
jadi aku akan mulakan dengan entri selepas ini...
semoga memberi manfaat...